Siakap Keli
Kredit: Google/Bernama

(Video) Tempoh Kawalan Mungkin Dilanjutkan Jika Rantaian Jangkitan Tak Berjaya Diputuskan- PM

Putrajaya, 18 Mac – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Perintah Kawalan Pergerakan mungkin perlu dilanjutkan jika rantaian jangkitan tidak putus.

Menurutnya, tempoh perintah selama dua minggu itu bertujuan untuk memutuskan rantaian jangkitan berikutan simptom wujud dalam tempoh 14 hari.

”Terdapat kes, simptom hanya muncul selepas itu dan kerajaan berharap selepas tempoh dua minggu, mereka yang mempunyai simptom berjaya diasingkan untuk diberikan rawatan menjadikan Malaysia ini bebas COVID-19.

“Jika dalam tempoh ini kita belum berjaya sepenuhnya, kerajaan mungkin terpaksa melanjutkan tempoh kawalan, mungkin dua minggu lagi atau lebih panjang dari itu,” katanya.

Beliau turut menggesa orang ramai untuk kekal berada di rumah disepanjang Perintah Kawalan Pergerakkan ini.

”Stay put where you are. Yang ada di Kuala Lumpur, duduklah di Kuala Lumpur. Yang ada di Johor Bharu, duduklah di Johor Bharu. Kalaua ada di Pulau Pinang, duduklah di Pulau Pinang,” katanya.

Ucapan bermula pada minit 20:20.

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.