Siakap Keli
Kredit: Google

Cara Mohon Bantuan RM 600 Bagi Pekerja Bercuti Tanpa Gaji Yang Terjejas Akibat COVID-19

Pada 16 Mac lalu, Perdana Menter, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan bantuan sementara bulanan RM600 selama maksimum enam bulan bagi pekerja yang menerima notis cuti tanpa gaji akibat COVID-19.

Usaha itu merupakan sebahagian daripada Program Pengekalan Pekerjaan (Employment Retention Program – ERP) yang melibatkan peruntukan sebanyak RM60 juta dari kerajaan serta RM60 juta dari Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Berikut merupakan 5 syarat kelayakan program tersebut;

  1. Pekerja diberi notis cuti sementara tanpa gaji (unpaid leave) oleh majikan berkuatkuasa mulai 1 Mac 2020
  2. Pekerja sektor swasta yang berdaftar dan mencarum dengan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) PERKESO
  3. Pekerja yang menerima gaji RM4,000 dan ke bawah
  4. Majikan membuat permohonan bagi pihak pekerja
  5. Majikan hendaklah menyalurkan RM600 terus kepada akaun pekerja

Program ini juga membantu majikan yang terjejas akibat COVID-19 untuk mengurangkan kos operasi melalui pemberian cuti tanpa gaji kepada kakitangan terlibat.

Cara permohonan

Permohonan hendaklah dilakukan melalui majikan bagi pihak pekerja terlibat dengan mengemukakan permohonan lengkap melalui Borang Permohonan ERP C-19 dan dokumen mandatori surat notis cuti tanpa gaji (Notis CTG) yang mengandungi senarai pekerja terlibat.

Senarai pekerja hendaklah mengandungi butiran berikut,

  1. Nama penuh pekerja
  2. Nombor kad pengenalan warganegara Malaysia (N0. KPPPN)
  3. Nama jawatan
  4. Maklumat gaji bulanan terakhir pekerja (RM)
  5. Maklumat emel dan no telefon untuk dihubungi

Permohonan lengkap boleh dihantar bermula 20 Mac 2020 melalui emel kepada [email protected] atau melalui sistem atas talian (jika sistem atas talian telah dibangunkan).

Majikan hendaklah menyalurkan bayaran bulanan ke akaun pekerja dalam masa 7 hari dari tarikh penerimaan bayaran dari PERKESO.

Majikan yang mengemukakan maklumat palsu atau mengelirukan PERKESO atau gagal menyalurkan bantuan kepada pekerja boleh menyebabkan permohonan berikutnya digantung dan tindakan undang-undang boleh dikenakan ke atas majikan.

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Pegawai Perkhidmatan Pelanggan di talian 1 300 22 8000 atau emelkan kepada [email protected].

Untuk mengetahui perkembangan terkini berkaitan SIP dan ERP, anda boleh kunjungi laman rasmi ini.

1) Kenyataan media Program Pengekalan Pekerjaan (ERP) untuk pekerja terima notis cuti tanpa gaji

2) Pekeliling Majikan Bil.2 Tahun 2020

3) BORANG – PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI 2020 – PROGRAM PENGEKALAN PEKERJAAN (ERP)

4) Borang ERPC-19

5) Soalan lazim Program ERP

Anda boleh melayari laman web PERKESO dimana maklumat akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

Sumber: PERKESO

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.