Siakap Keli

“Seakan Ada Batu Timpa Dada,” Gadis Positif Covid-19 Kongsi Kesan 19 Hari Dijangkiti

Umum telah mengetahui bahawa dunia kini sedang dilanda dengan wabak virus Covid-19. Sehingga kini, virus yang mula tercetus di China itu telah menjangkiti lebih 200 ribu manusia serta membunuh hampir sembilan ribu nyawa.

Sungguhpun pengisytiharan wabak ini sebagai pandemik oleh WHO serta perintah kawalan pergerakan telah dilakukan pihak kerajaan bagi membendung wabak ini, namun masih ada juga segelintir yang tidak memandang serius akan masalah yang terjadi ini.

Mungkin ada golongan segelintir ini yang tidak tahu apakah kesannya kepada diri serta orang tersayang sekiranya diri mereka dijangkiti dengan virus maut ini.

Dalam satu bebenang yang dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter yang mendakwa dirinya telah dijangkiti dengan virus Covid-19 ini, dia ada berkongsikan tentang pengalaman perit yang terpaksa diharunginya semasa mengkuarantinkan dirinya di rumah.

Bjonda Haliti, 22, yang berasal daripada California, Amerika Syarikat menyatakan, dia menulis bebenang ini untuk menyedarkan orang ramai khususnya golongan sebaya dengan dirinya dan bertujuan untuk meredakan kebimbangan yang wujud disebabkan pandemik ini.

Menurut Bjonda, pada hari pertama dia virus tersebut menyerangnya, ianya bermula dengan batuk kering dan sedikit sakit tekak. Badannya juga turut keletihan pada sebelah malam.

Hari kedua pula, mindanya menjadi tertekan sehinggakan dia terpaksa batuk secara perlahan dan lembut bagi meredakan rasa tidak selesa. Pada bahagian malam pula, badannya menjadi sejuk dan dia mula demam. Menurutnya, gejala utama yang mula disedarinya adalah sakit pada bahagian mata.

“Tak selesa langsung untuk menggerakkannya. Beberapa kajian yang saya baca menunjukkan bahawa ianya adalah migrain sahaja, akan tetapi ia tidak hilang langsung. Saya tidur sahaja sepanjang hari”.

Masuk hari ketiga pula, badannya sungguh tidak bertenaga. Dia hanya mampu tidur sahaja ketika demam. Pada ketika ini, simptom yang ditunjukkan olehnya adalah batuk kering, migrain, demam, kesejukan serta loya. Dia kemudiannya ambil keputusan untuk merujuk ke doktor.

Doktor memberitahu kepadanya bahawa dia mungkin hanya mengalami jangkitan kuman sahaja dan telah membekalkan ubat antibiotik serta 800mg ibuprofen kepadanya. Dia juga turut berusaha melawan kesakitan itu dengan mengambil vitamin sampingan dan memastikan badannya itu sentiasa terhidrat. Walaupun begitu, badannya masih lagi demam pada waktu malam.

Pada hari keempat pula, demamnya itu akhirnya pulih. Namun begitu, simptom baru pula muncul, iaitu sesak nafas. Menurutnya, ianya adalah sesuatu yang tidak menyenangkan. Terasa seakan ada batu yang sedang menimpa dadanya. Dalam pada itu, dia juga turut melakukan pemeriksaan hasil perkongsian online berkenaan tahan nafas dan kira sehingga 10. Katanya, dia tiada sebarang masalah langsung dalam melakukan perkara tersebut.

Ketika ini, dia sangat-sangat mahukan pemeriksaan untuk virus Covid-19, namun sangat sukar di tempatnya untuk mendapatkan pemeriksaan itu. Dia pun berkeputusan untuk mengkuarantinkan dirinya di rumah sambil memastikan badannya sentiasa terhidrat.

Hari kelima, simptom yang ditunjukkan oleh badannya adalah sakit tekak, batuk dan sesak nafas. Dia kemudiannya pergi berjumpa dengan doktor yang sama untuk melakukan pemeriksaan. Namun doktor menyatakan bahawa kesemuanya adalah normal. Dengar sahaja begitu, dia mengambil langkah lebih drastik dengan meminta supaya doktor melakukan imbasan X-ray pada bahagian dadanya. Sungguhpun begitu, ianya juga kelihatan normal dan tidak ada apa-apa yang serius.

Dia juga turut dinasihatkan untuk mengkuarantin dirinya sehingga keputusan ujian keluar dalam masa 5 hingga 6 hari.

Pada hari keenam, dengan penggunaan antibiotik dan ibuprofen secara berterusan, simptomnya hanya tinggal sakit tekak, batuk serta sesak nafas. tahap tenaganya mula meningkat.

Tahap tenaganya makin meningkat pada hari ketujuh, namun masih lagi ada sedikit sakit tekak, batuk ringan dan sesak nafas sahaja.

Masuk hari kelapan pula, dia mula kembali pulih, tenaga juga semakin meningkat namun masih ada sedikit batuk.

Hari ke sembilan, batuk agak banyak, namun tahap tenaganya sudah kembali ke tahap normal.

Hari kesepuluh pula, batuk ringan, tahap tenaga masih normal. Keputusan ujian makmal yang dilakukannya tempoh hari telah keluar dan menunjukkan bahawa dia positif dijangkiti dengan virus Covid-19 itu.

Dia kini sedang mengasingkan dirinya. Walau bagaimanapun, dia mendakwa bahawa keadaanya telah bertambah baik. Namun begitu, dia perlu melakukan beberapa pemeriksaan lagi untuk betul-betul memastikannya.

Kepada yang masih mengingkari perintah yang dilaksanakan kerajaan, beringatlah sebelum ianya terjadi kepada diri anda serta orang yang tersayang. Bukankah mencegah itu lebih baik daripada mengubati? Fikir-fikirkanlah.

Sumber: Twitter

BACA: (Video) “Rezeki Bertambah Tapi Kurang Rasa Syukur,” Mutawwif Dedahkan Konsep Rezeki Tak Diduga

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa