Siakap Keli

TERKINI: Seorang Kakitangan Hospital Tuanku Fauziah Disahkan Positif COVID-19

KANGAR, 19 Mac — Jabatan Kesihatan Negeri Perlis hari ini mengesahkan, seorang kakitangan Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar, didapati positif COVID-19.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, individu terbabit mempunyai sejarah perjalanan ke Turki dan tiba di tanah air, pada 8 Mac.

“Beliau telah dimasukkan ke wad pada 16 Mac dan disyaki jangkitan paru-paru (pneumonia) dan dehidrasi.

“Ujian makmal di Hospital Sultanah Bahiyah mendapati beliau positif terhadap COVID-19 pada 18 Mac,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Dr Noor Hisham berkata pihak hospital telah mengenal pasti kontak-kontak rapat dan menjalankan saringan COVID-19 terhadap mereka, serta ahli keluarga terdekat pegawai tersebut. Pembersihan dan pembasmian kuman di kawasan berkaitan juga telah dilakukan.

Beliau berkata semua pesakit dan orang awam tidak perlu bimbang terhadap keselamatan mereka, kerana pihak HTF telah mengambil langkah-langkah pencegahan penyakit berjangkit dan kawalan jangkitan yang perlu.

Sumber: BERNAMA

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.