Siakap Keli
Gambar: Instagram

(Video) Merdu, Tokti Titip Nasihat Duduk Rumah Ketika COVID-19 Dalam Bentuk Lagu

Penyanyi terkenal tanah air, Datuk Siti Nurhaliza baru-baru ini turut menitipkan pesanan buat orang ramai agar mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang meminta orang ramai duduk di rumah.

Menariknya, pesanan itu digubah dalam bentuk lagu pendek dan dinyanyikan dengan begitu merdu sekali. Berikut antara bait lagu yang dinyanyikan beliau.

Nasihat ini jangan tak dihirau

Duduk rumah janganlah merayau

Koronavirus haruslah dirisau

Duduk rumah janganlah melilau.

“Duduk di rumah, bekerja dari rumah, luangkan masa dengna orang tersayang di rumah. Betul-betul disiplin tau, jangan keluar rumah, jangan melilau,” tambah beliau.

Mari kita dengarkan.

Sumber: Datuk Siti Nurhaliza

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.