Siakap Keli

(Video) Sunyi, Gambaran Sebenar ‘Lockdown’ Di Bandar-Bandar Utama Seluruh Dunia

Hampir di seluruh dunia pada ketika ini diselubungi dengan kebimbangan dan kegusaran terhadap jangkitan Covid-19 sehingga mencetuskan panik dalam kalangan masyarakat.

Menurut laporan AFP, sekitar 500 juta orang di seluruh dunia telah dikenakan perintah berkurung oleh pemerintah masing-masing.

Perintah berkurung adalah sangat penting bagi menghalang orang ramai untuk berkumpul di kawasan awam dan seterusnya dapat membendung jangkitan Covid-19.

Berbezanya, perintah berkurung ini juga memperlihatkan suasana yang ‘luar biasa’ apabila banyak bandar-bandar terkenal di dunia yang sebelum ini menjadi tumpuan orang ramai terus bertukar menjadi bandar ‘berhantu’.

Melalui video yang dimuatnaik oleh Daily Mail, bandar seperti New York, Paris, Venice, Athens dan Brussles sunyi sepi tanpa kelibat kumpulan orang ramai.

Sumber: Daily Mail

Baca: (Video) “Rezeki Bertambah Tapi Kurang Rasa Syukur,” Mutawwif Dedahkan Konsep Rezeki Tak Diduga

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa