Siakap Keli
Foto: PDRM Trafik

5 Anggota Polis Cedera Dirempuh Lori Semasa “Roadblock” Ops Covid-19

Satu kemalangan berlaku di ibu negara awal pagi tadi yang melibatkan lima orang anggota polis daripada jabatan Siasatan dan Penguatkuasa Trafik Kuala Lumpur.

Menerusi kiriman daripada laman Instagram PDRMsia_Trafik berkata seorang Pegawai Kanan dan 4 Pegawai Rendah Polis cedera dirempuh lori semasa menjalankan tugas Sekatan Jalan Raya Op Covid 19 di Jalan Syed Putra Kuala Lumpur.

Dalam kejadian yang berlaku lebih kurang jam 0045hrs pagi ini Kons Mohd Afendi cedera di bahagian kepala, bahu kiri dan kaki mendapat rawatan di Hospital Kuala Lumpur dan 4 lagi mangsa lain iaitu Insp Afifi Zulhusni, Kpl Khairul Nizam, Kpl Azizi dan L/Kpl Wan Kamarul cedera ringan.

Foto: Bernama

Seluruh warga Jabatan Siasatan Dan PenguatkuasaanTrafik Kuala Lumpur mendoakan agar semua mangsa cepat sembuh dan kembali menjalankan tugas seperti biasa.

 

Sumber: PDRM Trafik

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang