Siakap Keli

Arab Saudi Larang Berhimpun, Solat Di Kawasan Dataran Masjidil Haram Makkah, Madinah

RIYADH, 20 Mac (Bernama) — Pihak berkuasa Arab Saudi melarang jemaah berhimpun atau solat di kawasan dataran masjidil haram di Makkah dan Madinah dalam usaha membendung penyebaran novel koronavirus  (COVID-19), lapor agensi berita Anadolu.

“Ketua dan pihak berkuasa keselamatan dan kesihatan memutuskan untuk tidak membenarkan jemaah berada di dataran di luar Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, bermula Jumaat,” agensi berita rasmi Arab Saudi, SPA memetik kenyataan Hani bin Haider, jurucakap Ketua Pengarah Alharamain di Madinah.

Sebelum ini, Arab Saudi menggantung semua solat jemaah di masjid-masjid lain di negara itu kecuali di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

Setakat ini, negara itu melaporkan sebanyak 274 kes yang disahkan positif COVID-19.

Novel koronavirus, atau nama rasminya COVID-19, muncul di Wuhan, China pada Disember lalu dan sudah merebak ke sekurang-kurangnya 160 negara dan wilayah.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan ia sudah menjadi wabak melata pandemik.

Sejumlah 242,721 kes direkodkan di seluruh dunia manakala angka korban sudah melebihi 9,860 dengan lebih 85,600 pesakit sembuh, menurut data yang dikumpulkan Universiti John Hospkin di Amerika Syarikat.

Sumber: BERNAMA

Aqmal Ezany

I write what is right

Tambah komen

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.