Siakap Keli
Gambar: Daily Mail

Argentina Bakal Kuatkuasa ‘Lockdown’ Berkecuali Di Seluruh Negara

Argentina mengenakan sekatan di seluruh negara untuk membendung pandemik koronavirus dan ia menandakan salah satu langkah ketat yang diambil oleh mana-mana negara Amerika Latin.

Menurut Presiden Alberto Fernandez, mulai Jumaat, warganegara hanya dibenarkan meninggalkan rumah mereka untuk melakukan hal penting sahaja seperti ke pasar raya dan farmasi. Lockdown yang akan dikuatkuasakan oleh pasukan keselamatan berlangsung sehingga 31 Mac.

“Kami akan menjadi tidak fleksibel dalam penguatkuasaan, ini adalah langkah luar biasa dalam masa yang luar biasa dan masih di bawah rangka demokrasi,” kata Fernandez.

Fernandez telah melaksanakan sekatan yang semakin sukar dalam beberapa hari kebelakangan ini untuk membendung penularan wabak tersebut. Kerajaan telah menutup sempadan, membatalkan hampir semua penerbangan, sekolah ditutup dan melaksananakan kuarantin selama 14 hari untuk sesiapa yang mengalami gejala koronavirus atau perjalanan dari hotspot virus.

Sehingga Khamis semalam, Argentina merekodkan tiga kematian dan 128 kes yang disahkan. Setakat ini, 70% kes di bandar dan wilayah Buenos Aires.

Fernandez mengakui bahawa ekonomi akan terkesan kerana virus itu dan beliau akan mengumumkan langkah-langkah tambahan untuk membantu para pekerja di sektor informal pada hari-hari yang akan datang.

Sumber: Bloomberg

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa