Siakap Keli

Covid-19: Singapura Sahkan 24 Kes Import Terbaru, Salah Seorang Pesakit Adalah Warga Malaysia

Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan kes tempatan baharu jangkitan COVID-19 dicatatkan di republik ini, menjadikan jumlahnya 345 kes.

Dalam kenyataan di sini, MOH berkata satu daripada kes import itu melibatkan lelaki warga Malaysia berusia 25 tahun yang merupakan pemegang Pas Kerja Singapura.

Lelaki itu disahkan dijangkiti virus itu pada Rabu dan kini ditempatkan di wad isolasi di Hospital Besar Changi.

Baki kes import merupakan residen yang kembali ke republik ini dan pemegang pas jangka panjang yang mempunyai sejarah perjalanan ke Eropah, Amerika Utara dan ASEAN, katanya.

Pada hari ini,  MOH berkata tujuh lagi kes jangkiti  COVID-19 telah discaj daripada hospital, dan sehubungan itu, secara keseluruhannya  sebanyak 124 telah pulih sepenuhnya.

Daripada 221 kes yang disahkan dan masih berada di hospital, kementerian itu berkata kebanyakan mereka berada dalam keadaan stabil dan semakin pulih manakala 15 berada dalam keadaan kritikal di unit rawatan rapi.

Setakat tengah hari ini, MOH telah mengenal pasti 6,574 kontak rapat yang telah dikuarantin.

Diumumkan pada Rabu, mulai 20 Mac, jam 2359, semua pelawat yang memasuki Singapura daripada semua negara akan diberikan Notis Duduk Rumah selama 14 hari.

 

Sumber: Bernama

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)