Siakap Keli
Kredit: KKM

”Jangan Sorok Maklumat Perjalanan Atau Pernah Jadi Kontak Rapat Pesakit COVID-19”, KKM Minta Orang Ramai Jujur Ketika Dapatkan Rawatan

Kementerian Kesihatan (KKM) merayu orang ramai agar jujur ketika mendapatkan rawatan di semua fasiliti kesihatan bagi melindungi staf perubatan dari risiko jangkitan COVID-19.

“Saya merayu kepada semua yang datang mendapatkan rawatan di semua fasiliti Kesihatan untuk bersikap jujur.

“Jangan sembunyikan maklumat sejarah perjalanan ke luar negara atau sekiranya anda merupakan kontak terdekat kepada pesakit positif COVID-19,” ujar Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Hubungi pejabat kesihatan terlebih dahulu

“Jika anda mempunyai gejala, hubungi Pejabat Kesihatan Daerah terdekat terlebih dahulu untuk mengetahui fasiliti Kesihatan yang patut anda kunjungi.

“Lihat bagaimana anggota kami perlu membersihkan salah sebuah Jabatan Pesakit Luar di fasiliti Kesihatan setelah mengetahui seorang pesakit yang datang mendapatkan Rawatan sebelumnya positif Covid-19. Masa yang sepatutnya digunakan untuk merawat pesakit terbuang untuk hal sebegini.

“Bantulah kami untuk membantu anda,” ujar beliau.

Terbaru, seramai 15 orang staf kesihatan disahkan positif COVID-19 dengan seorang daripada mereka sedang dirawat di ICU.

Sumber: KKM

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.