Siakap Keli

Ketiga-Tiga Cabang ATM Akan Dikerah Bantu Polis Pantau Rakyat Patuhi Perintah Kawalan Pergerakan – Panglima Tentera

Selepas pengumuman dari Menteri Pertahanan dalam satu sidang media hari ini, bahawa tentera akan mula membantu pihak polis untuk memantau supaya rakyat patuh kepada perintah kawalan gerakan yang mula berkuatkuasa dari 18 Mac hingga 31 Mac 2020.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Haji Affendi Bin Bujang mengesahkan ketiga-tiga cabang ATM iaitu Tentera Darat Diraja Malaysia, Tentera Udara Diraja Malaysia dan Tentera Laut Diraja Malaysia akan dikerah bantu PDRM bermula ahad ini.

Perkara ini diputuskan selepas segelintir rakyat Malaysia yang masih gagal mematuhi perintah kawalan gerakan dan masih keluar walaupun tidak ada keperluan untuk keluar.

Sumber: Bernama

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: