Siakap Keli

“Sayu Jer Tengok Yang Bertugas,” Ebit Lew Belanja KFC Pada Staf Hospital Sg Buloh

Umum telah mengetahui bahawa wabak virus yang dikenali sebagai Covid-19 ini telah mengancam seluruh dunia. Ribuan manusia telah dilaporkan meninggal dunia akibat dijangkiti dengan virus ini.

Negara kita juga turut tidak terkecuali selepas mencatatkan ratusan kes positif dan angka kematian sebanyak 2 orang setakat ini. Oleh disebabkan itu, kerajaan terpaksa melaksanakan perintah kawalan pergerakan yang merangkumi seluruh Malaysia bagi memutuskan rantaian jangkitan akibat daripada virus ini.

Susulan daripada itu, semalam telah tular beberapa foto daripada petugas kesihatan barisan hadapan kita yang memohon agar rakyat Malaysia duduk di rumah sementara mereka berjihad bagi pihak kita semua untuk memerangi wabak ini.

Kita mungkin tidak memandang perkara itu secara serius kerana kita tidak berada di tempat mereka. Dalam satu perkongsian yang dimuat naik oleh pendakwah terkenal, Ebit Lew, dia ada berkongsikan pengalamannya berkunjung ke hospital baru-baru ini untuk menyumbangkan makanan kepada petugas kesihatan barisan hadapan kita. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:

Pergi beli kfc belanja staf hospital sungai buloh. Sayang mereka sangat. Mendengar ramai kawan-kawan juga sedang kuarantin diri melalui saringan disini. Doa dari jauh jer. Ya Allah. Sayu jer tengok yang jaga kaunter di kecemasan dan yang bertugas di saringan covid-19.

Saya yang tengok kaunter depan tu jer dah berdebar. Nak keluar rumah takut. Tapi apa yang buat mereka berani. Kerana tanggungjawab dan mereka tahu ini semua jihad. Hanya Allah yang membalasinya. Walau mereka juga pasti risau takut macam-macam fikir.

Mereka akan berusaha sehabisnya untuk menjaga diri dengan mask dan pakaian khasnya. Dan meletakkan keyakinan dan penyerahan pada Allah. Itulah ubat pejuang seperti mereka. Buat orang ramai satu jer ubat ya sekarang, duduk dirumah. Kuarantin diri masing-masing dekat rumah. 2minggu ni terus jangan keluar kecuali kecemasan dan tanggungjawab.

Ya Allah disini ramai orang saya sayangi dikuarantin. Jagakanlah mereka semua. Sembuhkanlah mereka ya Allah. Yang di ICU selamatkan mereka ya Allah. Segera sembuhkan mereka. Berilah keajaiban mu. Hilangkanlah wabak covid-19 di seluruh Malaysia-ebitlew

Sumber: Ebit Lew

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa