Siakap Keli

“Sila Lapar Berjadual, Asyik Nak Mengunyah Je Masa Duduk Rumah Ni,” – Caw. Pemakanan KKM

Bila berada di rumah tanpa buat apa-apa, pasti akan ada rasa lapar yang berpanjangan. Ya, mesti ada sahaja makanan yang akan di masak, sebelum ini sibuk dengan bekerja dan sebagainya. Namun, ada juga yang keluh apabila berat badan mereka kian naik semasa Perintah Kawalan Pergerakan.

Jadi, Cawangan Pemakanan, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya memutuskan untuk berkongsi cara mengawal rasa lapar ketika berada di rumah selama 14 hari ini.

Asyik nak mengunyah je masa “ Duduk di Rumah” ini. Jangan biarkan ia berlarutan kerana anda akan MENYESAL dengan kesannya nanti.

Kawal rasa lapar ini dengan alihkan perhatian dengan sibukkan diri dengan pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan di rumah. Buat apa-apa aktiviti lain selain asyik MAKAN.

Sekiranya rasa lapar..cuba
minum AIR KOSONG dahulu jika lapar lagi
ambil snek ringan seperti segelas susu🥛, buah-buahan, kekacang, roti, biskut tawar atau yogurt.
KAWAL KUANTITI setiap makanan yang diambil. Kalau tak berjaya jugak, apa kata anda
berpuasa sunat ( bagi yang beragama islam) juga dapat membantu mengawal rasa untuk makan ini..

Tahukah? jika anda tidak mengawal rasa lapar ini, secara tidak dirancang, anda telah makan makanan yang tidak sepatutnya. Malah, menyumbang kepada pengambilan nilai kalori yang jauh lebih tinggi.

TETAPKAN WAKTU MAKAN untuk ahli keluarga anda dan pastikan juga mereka tidak melangkau waktu makan yang sepatutnya. Perlu diingat, makan malam juga perlu diambil 3-4 jam sebelum tidur untuk membantu proses penghadaman bagi mengelakkan kalori yang berlebihan disimpan sebagai lemak. Ini akan menyumbang kepada pertambahan berat badan.

Jangan ikutkan selera dan nafsu. Fikir-fikirkan kesannya jika situasi ini sering terjadi kepada anda. Kita memang nak elak Covid-19, tapi penyakit lain masih ada tau, bukan penyakit pun kena kuarantin.

 

 

Sumber: Cawangan Pemakanan KKM

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang