Siakap Keli
Gambar: Bernama

TERKINI: 130 Kes Baru COVID-19 Dilaporkan, Jumlah Keseluruhan Kini Lebih 1,000 Kes

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Noor Hisham Abdullah dalam satu tweetnya sebentar tadi memuat naik kemaskini terbaru mengenai COVID-19 di Malaysia.

Menurut berliau, setakat pukul 12 tengah hari (20 Mac) tadi, sebanyak 130 kes baru dilaporkan. Penambahan kes berkenaan menjadikan jumlah keseluruhan kes positif dilaporkan di Malaysia adalah 1,030 kes.

”Berdasarkan siasatan awal, daripada 130 kes baharu yang dilaporkan hari ini, sebanyak 48 kes adalah berkaitan dengan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling.

”Sehingga kini, seramai 26 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, sebanyak 12 pesakit berjaya pulih menjadikan jumlah kes yang sembuh setakat ini adalah sebanayk 87 kes.

Sumber: KP Kesihatan

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.