Siakap Keli

(Video) Polis Pujuk, Iring Lelaki Untuk Buat Pemeriksaan Lepas Terima Aduan Dari Jiran

Umum telah mengetahui bahawa selepas wabak virus Covid-19 makin menular di Malaysia, kerajaan terpaksa mengambil langkah pencegahan dengan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan bagi membendung wabak ini.

Tindakan tersebut diambil supaya rangkaian jangkitan Covid-19 dapat diputuskan dan secara tidak langsung dapat menangani wabak ini. Pun begitu, masih ada ramai yang ingkar dengan arahan tersebut.

Perkara tersebut bukanlah sesuatu yang wajar diambil. Ini kerana, implikasinya bakal melibatkan kesihatan orang lain.

Dalam satu video yang dimuat naik oleh Bernama, beberapa orang anggota polis terpaksa ke rumah seorang lelaki selepas menerima panggilan yang menyatakan bahawa lelaki itu merupakan peserta sebuah perhimpunan yang diadakan baru-baru ini.

Pada awal video tersebut, pegawai polis tersebut dapat didengari menyatakan kepada lelaki itu bahawa oleh kerana sikap tersebut, mereka pula yang terpaksa terdedah kepada risiko nyawa mereka untuk menjaga keamanan dan keharmonian masyarakat.

“Kami pula yang terpaksa terdedah pada penyakit ni demi memastikan masyarakat hidup aman, damai dan tenteram”, ujar pegawai polis tersebut.

Rakaman itu seterusnya memaparkan lelaki berkenaan akur dengan arahan pegawai polis berkenaan dan mula menaiki motorsikal dan mengikuti kenderaan polis dipercayai pergi untuk membuat pemeriksaan kesihatan di hospital.

Orang ramai dinasihatkan supaya patuh kepada segala arahan yang dikeluarkan kerajaan dalam bersama membendung penularan wabak virus yang boleh membawa maut ini.

Sumber: Bernama

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa