Siakap Keli

(Video) “Saya Minta Batalkan Hasrat Balik Kampung”, Agong Titah Rakyat Akur Dengan Perintah Kawalan

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dalam perutusan khasnya malam ini menitahkan agar rakyat tidak perlu untuk menghadiri sebarang aktiviti sosial di luar rumah.

”Kepada seluruh rakyat Malaysia, saya ingin mengajak semua rakyat supaya mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan, iaitu jangan keluar rumah jika tiada keperluan.

“Saya juga minta batalkan hasrat untuk balik kampung.

“Jangan berkumpul atau menghadiri sebarang aktiviti sosial di luar rumah.

“Kepada ibu bapa pengantin, saya nasihatkan tangguh dulu majlis kenduri sehingga keadaan beransur pulih.

”Saya nasihat juga, agak rakyat jangan panik kerana bekalan keperluan telah dijamin cukup oleh pihak kerajaan,” titah Baginda.

Sumber: BERNAMA

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.