Siakap Keli
Foto: Zhiddin Zhiddan

(Video) Tak Sanggup Tengok Kakak Kecewa Majlis Konvokesyen Tunda, Adik ‘Cipta’ E-Konvo Tarik Perhatian Netizen

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Baru-baru ini kita sedia maklum bahawa Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi MARA (UiTM) ke-92 yang bakal berlangsung di seluruh UiTM akan ditangguhkan sehingga tarikh yang akan di tetapkan.

Susulan daripada penangguhan tersebut, Zhaeim Aziz telah memuat naik satu video di mana adik lelaki mereka bersimpati dan adakan majlis konvokesyen secara atas talian. Gelagat adiknya itu mendapat pujian ramai apabila suaranya menjadi perhatian ramai.

Adik aku buat e-convo bagi kakak semangat sikit

Bukan itu sahaja, gelagat adik mereka yang kreatif ini menarik perhatian netizen dengan memuji usaha dan suara yang merdu, sesuai untuk menjadi pengacara majlis. Video yang direka khas ini dibikin sendiri oleh adiknya.

Apa yang menarik lagi tentang adik beradik ini, nama-nama mereka sangat unik. Nama kakak adalah Mas Zahiah Zafirah. Pemilik suara ini yang berusia 18 tahun bernama Mas Zhiddin Zhiddan.

Perkataan yang digunakan dalam video ini sangat kelakar membuatkan netizen tidak kering gusi mendengar dan menonton video ini.

 

Sumber: Zhaemaziz

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang