Pengacara dan pelakon terkenal, Noor Neelofa binti Mohd Noor, memberitahu bahawa terdapat ahli keluarganya yang dijangkiti dengan wabak Covid-19.
Menerusi perkongsian di laman Twitter, beliau meminta seluruh rakyat Malaysia mendoakan kesembuhan anak kepada sepupunya yang berusia 7 bulan iaitu Noor Sameera Binti Hj Mohd Nazlee.
Sumber: Twitter Neelofa