Siakap Keli

Itali Batalkan Semua Pendaratan Pesawat, Termasuk Yang Mahu Bawa Pulang Rakyat Malaysia – Timb Menteri Luar

Memandangkan Itali telah mengumunkan bahawa negara tersebut sedang menjalani perintah berkurung susulan daripada jumlah kematian semakin meningkat akibat dijangkiti Covid-19.

Menerusi sidang media yang dilakukan oleh Timbalan Menteri Luar mengatakan bahawa Itali batalkan pendaratan semua pesawat termasuk pesawat yang mahu membawa pulang rakyat Malaysia.

Dalam pada itu, sekurang-kurangnya 1,000 orang rakyat Malaysia dari India bakal dibawa pulang dalam masa yang terdekat menggunakan pesawat Air Asia dan MAS.

Manakala, menurutnya lagi, pesawat khas dari Iran yang membawa seramai 55 orang termasuk rakyat Malaysia, Singapura dan Indonesia akan tiba pada esok.

 

Sumber: Bernama

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang