Siakap Keli
Kredit: Google

“Kalian Tak Kebal Dari COVID-19”, Mesej Dari WHO Buat Golongan Muda

Virus COVID-19 tidak mengenal mangsa. Dengan kebolehan virus ini untuk bermutasi dalam badan pesakit, ia boleh membahayakan sesiapa sahaja.

Terbaru, Kesatuan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran kepada orang muda agar tidak mengambil mudah pandemik ini.

Menurut Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata anak muda tidak kebal terhadap virus ini.

“Hari ini, saya ada mesej buat orang muda: kalian tidak kebal. Koronavirus ini boleh memasukkan anda ke hospital berminggu-minggu, mahupun membunuh anda.

Walaupun anda tidak sakit, pilihan yang anda buat untuk pergi ke mana-mana boleh menjadi garisan antara hidup dan mati bagi orang lain,” kata beliau, menegaskan seseorang boleh menjadi punca kematian orang lain dengan menyebarkan virus ini.

Tedros turut bersyukur ramai orang muda yang menyebarkan pengetahuan tentang virus, bukan virus itu sendiri.

“Setiap hari kita belajar sesuatu tentang koronavirus ini dan penyakit yang disebabkannya. Salah satu perkara yang kita pelajari ialah, walaupun orang berumur yang paling terkesan, orang muda tidak terkecuali.”

“Data dari banyak negara secara jelas menunjukkan ramai pesakit berusia di bawah 50 tahun yang perlu dimasukkan ke hospital,” tambahnya dalam satu kenyataan hari ini.

Sumber: CNN

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.