Siakap Keli

Op COVID-19: Polis Nafi Keluar Saman Kenderaan Dinaiki Lebih Seorang

KUALA LUMPUR, 21 Mac  – Polis menafikan mengeluarkan saman terhadap kenderaan yang dinaiki lebih daripada seorang apabila keluar membeli barangan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.

Ketua Polis Daerah Serdang ACP Ismadi Borhan ketika dihubungi Bernama menafikan insiden seperti itu berlaku di Puchong seperti yang tular di media sosial dan menurutnya berita itu adalah berita palsu.

Sejak semalam tular mesej menerusi aplikasi WhatsApp kononnya polis mengenakan saman sebanyak RM200 terhadap pasangan suami isteri di Puchong yang keluar membeli barang.

Mesej tersebut turut menasihatkan orang ramai untuk pergi bersendirian untuk membeli barang atau membungkus makanan.

Semalam, Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Zairulnizam Mohd Zainuddin @ Hilmi turut menafikan pihaknya mengeluarkan saman ketika melaksanakan sekatan jalan raya di hadapan Balai Polis Taman Tun Dr Ismail (TTDI).

 

Sumber: Bernama

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang