Siakap Keli
Foto: Cik Sya

Perintah Kawalan Pergerakan: Beberapa Jalan Di Alor Setar Ditutup

Bagi tidak mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan bagi menangani Covid-19, beberapa jalan utama di negeri Kedah sudah mula ditutup untuk penduduk di sana lebih patuh pada arahan Perdana Menteri untuk sama-sama mengekang gejala wabak Covid-19 ini.

Menerusi perkongsian daripada seorang pengguna Facebook yang juga penduduk di sekitar bandaraya Alor Setar telah berkongsi beberapa gambar di mana jalan-jalan utama ke pusat bandar ditutup.

Antara laluan ditutup adalah Jalan Simpang Kuala, Jalan Tanjung Bendahara, Jalan Langgar, Jalan Telok Wanjah, Jalan Tun Razak dan Lebuhraya Sultanah Bahiyah.

 

Sumber: Cik Sya

 

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang