Siakap Keli

Penumpang Bas Ekspress Jasmine, Bertolak Dari Seremban Ke Sg.Petani 16 Mac 2020 Diminta Hubungi PKD Kulim

Berdasarkan satu pengumuman yang dikelurkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Kulim sebentar tadi mengenai penumpang yang menaiki bas Ekpress Jasmine dari Terminal 1 Seremban ke Sungai Petani dikhuatiri dijangkiti wabak Covid-19.

Berdasarkan maklumat, para penumpang yang menaiki bas Ekspress Jamine bertarikh 16 Mac 2020 yang lalu bertolak dari Terminal 1 Seremban pada pukul 8.30 malam menuju ke beberapa tempat di utara Malaysia. Destinasi terakhir adalah Sungai Petani.

Diminta kepada penumpang untuk terus menghubungi Pejabat Daerah Kulim untuk pemeriksaan lanjut dan membuat saringan wabak Covid-19.

Pengumuman penting dari Pejabat Kesihatan Daerah Kulim.

COVID ALERT

PENGUMUMAN PENTING

Kepada penumpang Bas Ekspress Jasmine (PLQ9689)

Bertolak dari :
Terminal 1 Seremban > Shah Alam > Ipoh > Kamunting > Bagan Serai > Parit Buntar > Nibong Tebal > Kulim > Butterworth > Sungai Petani

Tarikh : 16/3/2020 (Isnin)
Masa Bertolak : 8.30 malam

Mohon semua penumpang yang menaiki bas ini untuk terus hubungi :

Bilik Gerakan Pejabat Kesihatan Daerah Kulim :
04 – 4949121

Kerjasama anda amat kami hargai.

 

Sumber: PKD Kulim

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang