Siakap Keli
Foto: IPD Kuala Pilah

“Sila Patuh Arahan,” Polis Kuala Pilah Menyuraikan Orang Ramai Berkumpul Tadah Air Bukit Putus

Walaupun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, namun masih ada segelintir masyarakat yang tidak mematuhi malah menganggap ia tidak serius. Sesetengah masyarakat mengambil mudah tentang isu penularan wabak Covid-19.

Menerusi laman Facebook rasmi Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Pilah memuatnaik satu gambar di mana ada sesetengah penduduk yang masih ‘berdegil’ untuk keluar dari rumah dan mengambil air tadahan dari bukit.

Difahamkan melalui gambar menunjukkan pihak polis sedang menyuraikan orang ramai daripada berkumpul untuk menadah air bukit di Jalan Bukit Putus.

NS 105 Unit MPV IPD Kuala Pilah sedang (telah) menyuraikan orang ramai yang berkumpul untuk menadah air bukit.

Lokasi : Jalan Bukit Putus

Kami menegaskan kepada semua orang awam agar tetap tinggal di rumah masing-masing KECUALI jika ada hal-hal mustahak yang perlu diselesaikan segera dengan syarat hanya ketua keluarga sahaja yang dibenarkan keluar.

SILA PATUHI ARAHAN INI

Sumber: IPD Kuala Pilah

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang