Siakap Keli
Gambar: Bernama

”Tentera Mengambil Alih Tugas Polis Itu Tidak Benar Sama Sekali” – Menteri Pertahanan

Tugas polis dalam penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan pada hari kelima akan diambil alih oleh tentera, adalah tidak benar sama sekali.

Menteri Kanan merangkap Menteri Pertahanan Ismail,  Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob seperti memetik Malaysiakini berkata, tentera hanya bertujuan membantu pihak polis.

Beliau turut menegaskan penguatkuasaan perintah tersebut juga dibuat di bawah Akta Kementerian Kesihatan, dan bukannya di bawah undang-undang kecemasan negara.

”Seperti yang saya katakan sebelum ini, kehadiran anggota Angkatan Tentera Malaysia adalah untuk membantu, bersama polis dalam menasihati orang ramai,” katanya.

Menurut beliau, kuasa untuk menahan sesiapa yang didapati melanggar perintah itu juga berada dalam kuasa polis.

“Mereka yang mengatakan tentera mengambil alih tugas polis itu tidak benar sama sekali,” kata Ismail seperti memetik sumber.

Sumber: Malaysiakini

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.