Siakap Keli

Terkini: 46 Kes Jangkitan Covid-19 Kini Dirawat Di ICU, 139 Orang Sudah Sembuh

Setakat hari Ahad (22 Mac 2020), sebanyak 46 kes positif jangkitan Covid-19 di negara ini sedang mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Daripada jumlah itu, 22 daripadanya bergantung kepada alat bantuan pernafasan.

Perkara tersebut disahkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu sidang media yang sedang berlangsung sebentar tadi.

Menurut Dr Noor Hisham, 25 kes juga direkodkan telah sembuh dan dibenarkan keluar hospital hari ini sekaligus menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya sebanyak 139 kes.

Sumber: KKM

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.