Siakap Keli

CIMB Cawangan Seremban Sahkan Dua Stafnya Positif COVID-19

CIMB Group Holdings Berhad (CIMB Group) dalam satu keyataan memaklumkan dua kakitangannya dari cawangan CIMB Seremban di Jalan Datuk Bandar Tunggal disahkan positif COVID-19.

Kedua-dua staf tersebut pulang ke Malaysia baru-baru ini dari Indonesia dan menjalani proses kuarantin sejak 19 Mac lalu di rumah masing-masing. Mereka ketika ini sedang menerima rawatan di sebuah hospital kerajaan.

Sebagai langkah pencegahan, kerja-kerja pembersihan secara teliti di CIMB Seremban sudahpun dijalankan. Manakala kesemua mereka yang berhubung secara langsung dengan kedua-dua staf berkenaan sudahpun diarahkan untuk menjalani kuarantin di rumah masing-masing.

Kerja-kerja pengesanan kontak rapat mereka turut giat dijalankan.

CIMB Seremban juga akan ditutup buat sementara waktu dan para pelanggannya di Seremban diseru untuk menggunakan perkhidmatan atas talian. Pelanggan-pelanggan juga diminta berkunjung ke cawangan CIMB lain yang berdekatan sekiranya perlu berbuat demikian.

CIMB ketika ini sedang memantau rapi situasi semasa dan sebarang maklumat lanjut akan dimaklumkan kemudian.

Sumber: BERNAMA

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.