Siakap Keli
Gambar: The Jakarta Post

COVID-19: Indonesia Catat 579 Kes Baharu Dengan 49 Kematian

Jumlah pesakit positif di Indonesia yang dijangkiti COVID-19 sekali lagi meningkat kepada 579 orang pada hari ini dengan jumlah kematian juga meningkat kepada 49 orang. Jumlah pesakit yang sudah sembuh pula adalah 30 orang.

“Jumlah kes meningkat sebanyak 65 orang dari data semalam, jadi jumlah kes hari ini adalah 579,” kata jurucakap kerajaan, Achmad Yurianto semasa sidang akhbar di Jakarta yang disiarkan secara langsung pada hari ini.

Jumlah ini meningkat berbanding bilangan pesakit Covid-19 pada Ahad semalam iaitu sebanyak 514 kes, 48 kematian dan 29 orang yang sembuh.

Sementara itu, jumlah kematian meningkat pada hari sebelumnya. Kebanyakan mangsa datang dari Jakarta iaitu seramai 29 orang.

Beliau juga menyebut beberapa kes pemulihan selepas menjalani dua ujian.

“Bilangan yang pulih mencapai 30 orang,” katanya.

Sumber: CNN Indonesia

Sofea

Iqra'.

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.