Siakap Keli

Doktor Ini Kongsi 5 Perkara Penting Pastikan Tahap Imuniti Badan Anak Pada ‘Level’ Paling Tinggi

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Umum telah mengetahui bahawa dunia kini sedang dilanda dengan wabak virus Covid-19 yang telah membunuh ribuan nyawa dan menjangkiti ratusan ribu manusia.

Oleh daripada itu, langkah pencegahan sememangnya adalah suatu perkara yang perlu dipandang serius bagi mengelakkan diri dijangkiti. Seperti yang telah dinyatakan oleh WHO, golongan muda tidak terkecuali daripada dijangkiti dengan virus maut ini.

Setiap orang khususnya golongan ibu bapa pastinya bimbang akan keselamatan serta kesihatan anak-anak mereka yang masih kecil.

Sehubungan dengan itu, seorang doktor bernama Ahmad Luqman Bukhari ada berkongsikan tentang perkara yang ibu bapa boleh tekankan untuk mengekalkan tahap imuniti badan anak mereka berada di tahap yang terbaik bagi mengelakkan anak mereka dijangkiti. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:

Saya mintak maaf sangat-sangat.

Ramai parent yang pm beritahu mereka risaukan kesihatan anak. Bimbang betul kalau terjangkit dengan wabak bahaya sekarang ni. Tapi saya tak dapat nak reply setiap mesej.

Cuma saya nak sangat beritahu pada mak ayah semua tentang 5 perkara penting ni.

Perkara-perkara ni mesti kita buat tau untuk kekalkan tahap imuniti badan anak kita pada level paling tinggi.

  • Make sure waktu tidur mereka cukup sebab masa tidur tu lah nanti sel akan hasilkan protein penting untuk bina sistem pertahanan badan.
  • Galakkan selalu aktiviti fizikal. Duk dalam rumah pun banyak benda kita boleh latih dia orang buat sebenarnya.
  • Wajib jauhkan dari perokok dan asap rokok.

Selalu kami jumpa di hospital, anak yang ayahnya merokok kerap benar jatuh sakit berbanding anak yang parent nya tak merokok. Kesian sangat.

Dan lagi menyedihkan, biasanya mak lah yang asyik menanggung stress sebab akhirnya dia yang terpaksa bawa anak jumpa doktor dan jaga anak dekat wad.

  • Elakkan dari fast food dan junk food. Makanan ni memang sedap tapi dalam masa sama ia punca sistem imuniti badan anak lemah hingga mudah diserang penyakit.
  • Ajarkan anak tabiat jaga kebersihan dengan betul. Kuman dan virus kan susah nak hidup dan tersebar dekat tempat yang bersih.

Saya pun sama macam kalian, ada anak kecil. Dan inilah yang saya usahakan buat untuk mereka.

Bila kita lakukan semua ni, insyaAllah imuniti badan anak kita jadi lebih hebat dan tak kan mudah diserang penyakit.

Bantu saya #sebarkan ilmu penting ni ya. Semoga anak-anak kita semua kekal sihat dan tak terkesan dengan wabak yang tengah merebak sekarang ni.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Ahmad Luqman Bukhari

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa