Siakap Keli

Elak COVID-19, Semua Surau Di Lebuhraya PLUS Ditutup

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menutup sementara semua surau di semua hentian sebelah plaza tol dan R&R serta-merta demi keselamatan semua pelanggan lebuhraya.

Langkah ini selaras dengan arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa bagi mencegah penularan wabak Covid-19 apabila orang ramai berkumpul secara serentak di satu-satu lokasi.

Sehubungan itu, PLUS menasihatkan agar orang ramai yang terpaksa melakukan perjalanan supaya dapat merancang perjalanan mereka dan sentiasa memastikan kad Touch ‘n Go mereka mempunyai baki yang cukup untuk perjalanan.

Pelanggan dan keluarga mereka juga digesa supaya sentiasa mengamalkan penjarakkan sosial apabila menggunakan kemudahan tandas awam di R&R ataupun stesen minyak berdekatan.

Sumber: PLUS

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.