Siakap Keli
Kredit: RTM/Google

Kerajaan Wajibkan Stesen Minyak Sediakan ‘Sanitizer’ Di Setiap Premis

Putrajaya, 23 Mac – Merujuk kepada dakwaan tular stesen minyak menjadi salah satu tempat penularan wabak COVID-19, Menteri Pertahanan, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob mengakui rasional dakwaan tersebut.

Justeru, beliau mengumumkan kerajaan akan mewajibkan stesen minyak menyediakan pembasmi kuman di premis mereka.

“Kita akan mewajibkan setiap stesen minyak menyediakan sanitizer di stesen minyak masing-masing.

“Bermakna setiap pemandu yang datang pam minyak boleh cuci tangan mereka dahulu, pam minyak dan cuci tangan semula untuk teruskan perjalanan mereka,” katanya dalam sidang media hari ini.

Beliau turut mengucapkan terima kasih atas pematuhan terhadap peraturan kawalan pergerakan ini yang semakin meningkat.

Sumber: RTM

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.