Siakap Keli
Gambar: Khairy Jamaluddin

“Papa Sedih Tak Boleh Peluk, Cium Kamu,” KJ Rai ‘Birthday’ Anak Melalui Tingkap

Malaysia pada ketika ini menghadapi saat-saat genting apabila kes Covid-19 meningkat hampir setiap hari. Keadaan ini  memperlihatkan betapa pentingnya semua pihak khususnya rakyat negara ini  mengikuti Perintah Kawalan Pergerakan yang telah dikuatkuasakan oleh kerajaan.

Rakyat juga seharusnya lebih peka dengan kesihatan dan kebersihan diri serta ahli keluarga khususnya anak-anak kecil agar penularan virus tersebut dapat dibendung.

Langkah tersebut juga telah diambil oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, yang ‘mengasingkan’ dirinya daripada ahli keluarga selepas pulang dari kerja bagi memastikan mereka selamat dari jangkitan virus.

Melalui kiriman beliau di laman Instagram, Khairy Jamaluddin memuatnaik gambarnya bersama dengan ucapan hari lahir untuk anaknya.

Selamat ulang tahun ke-5 anak lelakiku. Kerana Papa perlu keluar untuk berkerja, jadi Papa putuskan untuk asingkan diri bila pulang ke rumah.

Ini bagi memastikan kamu dan semua orang selamat (terutamanya nenek!).  Papa sedih sebab tak dapat peluk dan cium kamu hari ini dan kita hanya boleh melihat satu sama lain hanya melalui tingkap.

https://www.instagram.com/p/B-Es1FdgT4f/?fbclid=IwAR2sWaQggvRp2U4utg3C-k1EKZgheknkwGkdFO-MyJyI85Stt9pwr4uuXiU

Bila kamu dah besar, papa akan ceritakan mengenai bagaimana semua orang di dunia ini telah memainkan peranan mereka untuk membantu di antara satu sama lain. Sayang kamu, Raif. 

Sumber: Khairy Jamaluddin

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa