Siakap Keli
Gambar: Bernama

Prasarana Umum Hadkan Perkhidmatan Bas, LRT, MRT & Monorel Berkuatkuasa Esok

Berikutan dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan kerajaan bagi membendung penularan wabak Covid-19, Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) telah mengumumkan untuk mengehadkan kesemua perkhidmatan pengangkutan miliknya bermula esok (24/3/2020).

Dalam satu kenyataan yang dikongsikan menerusi akaun Facebook rasminya, kesemua perkhidmatan tren Rapid KL merangkumi LRT, MRT dan monorel hanya akan beroperasi dari pukul 6 pagi sehingga 10 pagi dan 5 petang sehingga 10 malam sahaja. Berikut adalah jadual operasi tren yang dinyatakan:

Isnin hingga Jumaat:

6.00 pagi – 7.00 pagi : kekerapan 30 minit

7.00 pagi – 9.00 pagi : kekerapan 10 minit (waktu puncak)

9.00 pagi – 10.00 pagi: kekerapan 30 minit

5.00 petang – 7.00 malam: kekerapan 10 minit (waktu puncak)

7.00 malam – 10.00 malam: kekerapan 30 minit

Sabtu, Ahad dan cuti umum:

6.00 pagi – 10.00 pagi: kekerapan 30 minit

5.00 petang – 10.00 malam: kekerapan 30 minit

“Tiada perkhidmatan dari 10 pagi hingga 5.00 petang. Tren terakhir akan menamatkan perkhidmatan pada 10.00 malam, dan semua stesen akan ditutup seperti yang telah ditetapkan,” tulis kenyataan itu.

Perkhidmatan bas Rapid KL, Rapid Penang, Rapid Kuantan, Rapid Kamunting dan Rapid Manjung juga akan beroperasi mengikut tempoh masa tersebut.

Feri Pulau Pinang, yang dikendalikan oleh Rapid Ferry pula hanya akan beroperasi menggunakan satu feri sahaja setiap jam antara 6.00 pagi hingga 10.00 pagi; Dan antara pukul 5.00 petang hingga 10.00 malam.

Sumber: Rapid KL

Aqmal Ezany

I write what is right