Siakap Keli

TERKINI: Kerajaan Salur RM130 Juta Untuk Kerajaan-Kerajaan Negeri Tangani COVID-19

Kerajaan bersetuju untuk salurkan peruntukan tambahan sebanyak RM130 juta untuk kerajaan-kerajaan negeri menangani krisis COVID-19.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, peruntukan tersebut boleh digunakan untuk beri bantuan kepada penjaja dan peniaga kecil yang terjejas akibat COVID-19.

“Bantuan kepada pesakit dan ahli keluarga mereka serta menyediakan keperluan kepada petugas-petugas di peringkat kerajaan negeri yang terlibat dalam menangani krisis ini.

“Peruntukan sama rata akan diberikan setiap negeri tanpa mengira parti mana yang membentuk negeri berkenaan,” jelasnya dalam perutusan khasnya hari ini.

Dalam pada itu, Muhyiddin menambah, krisis yang sedang dihadapi itu memberikan kesan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum, agama dan kecenderungan politik.

“Sebab itulah saya berpandangan semuah pihak tanpa mengira fahaman politik mestilah bersama-sama berganding bahu dan bersatu-padu untuk menangani krisis yang sedang kita hadapi ini.

“Menjaga keselamatan, kesihatan dan nyawa rakyat adalah tanggungjawab kita bersama yang melangkaui batas politik,” jelasnya lagi.

 

 

https://www.bernama.com/tv/

Sumber: BERNAMA

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.