Siakap Keli
Gambar: unclekentang.com

Uncle Kentang Agih Makanan Percuma Untuk Asnaf Terputus Pendapatan Kerana Perintah Kawalan

TERHARU. Kata-kata ini terpacul di bibir sebaik sahaja setiap kali membaca kisah Hero Malaysia, iaitu Uncle Kentang yang sinonim dengan aktiviti kebajikan pada asnaf.

Baru-baru ini, beliau telah menghantarkan beberapa sumbangan berupa pek nasi kepada golongan asnaf, dipercayai yang tinggal di sekitar Puchong.

Menurutnya, sejak Perintah Kawalan Pergerakan diumumkan sejak 18 Mac lalu, ramai di antara golongan tersebut menghubunginya untuk mendapatkan bekalan makanan ekoran mereka tidak mempunyai punca pendapatan.

Gambar: unclekentang.com

Maka sebab itu, Uncle Kentang telah menggerakkan usaha dengan menghantar sebanyak 200 pek nasi berlauk yang diedarkan sendiri olehnya ke kawasan kediaman golongan asnaf itu di sekitar Puchong.

Difahamkan, bantuan tersebut dihantar sehingga ke depan pintu ruma mereka meskipun pada petang tersebut, hujan turun dengan lebat.

Dalam pada itu, seramai 100 orang pelajar berasal dari Sabah dan Sarawak yang terkandas di Damai Court Batu 14, Puchong turut diberikan bantuan pek makanan itu agar mereka tidak kelaparan.

Gambar: unclekentang.com

Terima kasih Encik Kuan Chee Heng kerana sanggup membantu dengan penuh prihatin tanpa mengira bangsa dan agama.

Semoga maju jaya dan mampu dicontohi oleh ramai anak muda. Tahniah rakyat Malaysia!

Gambar: unclekentang.com
Gambar: unclekentang.com

Sumber: Uncle Kentang

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.