Siakap Keli
Kredit: Time/Gordon Food Service

(Video) Bolehkah Saya Dijangkiti COVID-19 Melalui Sayuran Dan Barang Basah? Ini Jawapan Doktor

Pasti ada antara kita yang khuatir dan tertanya-tanya, selamatkah untuk memakan bahan basah serta sayuran yang dibeli di pasar ketika musim penularan COVID-19 ini?

Sudahlah ada sesetengah pesakit yang tak bergejala, risau pula andai ada antara mereka yang ke pasar tanpa menyedari sedang menyebarkan virus ini.

Persoalan ini telah dijawab dalam siaran langsung Kementerian Kesihatan oleh dua orang doktor Pakar Perubatan Keluarga, Dr Norizan Hanim Abdul Samad dan Dr Nurafiza Mohd Arif. Berikut adalah jawapan mereka.

“Pasaraya mempunyai kawalan kualiti dan menjaga tahap kebersihan tersendiri. Walaubagaimanapun kita tekankan, membasuh tangan sangat penting.

“Apabila kita pergi membeli, kita basuh tangan. Balik rumah, kita basuh tangan (dengan sabun) dan baru kita proses apa-apa makanan di rumah,” kata Dr Nor Izran Hanim.

Sementara itu, tambah Dr Nurafiza Mohd Arif, virus biasanya akan mati dalam suhu tinggi ketika memasak.

“Lagipun kita menyarankan makan makanan yang dimasak. Apa-apa virus sekalipun dalam suhu tinggi mendidih, biasanya virus akan mati. Bagi saya tiada masalah jika kita masak makanan itu sebelum dimakan, virus apa pun akan mati,” kata beliau.

Perbincangan bermula pada minit 24:20.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Amira

Love yourself.