Siakap Keli
Kredit: Bernama

Banjir: 18 Daripada Lima Keluarga Dipindahkan Di Alor Gajah

MELAKA, 24 Mac (Bernama) — Seramai 18 orang daripada lima keluarga dipindahkan di Alor Gajah dekat sini akibat banjir sehingga pukul 8 pagi tadi, kata Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Alor Gajah Kapten (PA) Aljibin Suddin.

Aljibin yang juga Pegawai Pertahanan Awam Daerah Alor Gajah berkata 13 mangsa daripada tiga keluarga ditempatkan di Balai Raya Bukit Balai, manakala lima mangsa daripada dua keluarga ditempatkan di Balai Raya Bukit Tambun.

“Punca banjir dipercayai hujan lebat turun selama beberapa jam bermula dari pukul 4 petang semalam mengakibatkan perparitan dan longkang dipenuhi air dan melimpah.

“Jumlah mangsa masih dalam proses pendaftaran. Cuaca hari ini baik dan cerah,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Sumber: BERNAMA

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.