Siakap Keli

China Lapor 78 Kes COVID-19 Baharu, Majoriti Kes Dibawa Dari Negara Luar

CHINA melaporkan sebanyak 78 kes COVID-19 terbaharu hari ini, dengan majoriti kes tersebut adalah dibawa dari luar negara.

Kes pertama yang baharu dilaporkan di Wuhan, tempat bermulanya penularan wabak itu pada tahun lepas dan tiga kes lagi berlaku di daerah lain di negara itu.

Lebih tujuh orang mati adalah di Wuhan, kata Suruhanjaya Kesihatan Negara.

Sejak beberapa hari lalu, kebanyakan kes jangkitan baharu di China adalah yang dibawa dari negara luar dan Beijing kini sedang mulai cemas akan kemasukan jangkitan itu ketika keadaan (jangkitan) di negara itu dalam keadaan terkawal.

Sebagai negara yang turut melawan pandemik itu yang kini telah membunuh kira-kira 16,000 orang di seluruh dunia, jumlah kes import yang didapati di China sudah meningkat ke 427 kes.

Banyak bandar telah memutuskan untuk mengkuarantin mereka yang baru tiba (dari negara luar) dan semua penerbangan antarabangsa yang melibatkan Beijing telah dialihkan ke bandar-bandar lain untuk menjalani saringan virus tersebut.

Sumber: Channel News Asia

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.