Siakap Keli
Gambar: Bernama

COVID-19: Malaysia Mendahului ASEAN, Beberapa Negara Eropah Dalam Pengujian, Kapasiti Hospital

Strategi pengujian Malaysia yang agresif : ‘ujian setiap juta kapita’ untuk COVID-19 mendahului negara-negara ASEAN dan beberapa negara Eropah, membawa kepada jumlah jangkitan yang dilaporkan tinggi dan memberi keyakinan terhadap perkembangan kes dan kadar kematian yang sederhana, menurut JP Morgan.

Dalam nota penyelidikan, ia mengunjurkan kadar jangkitan di Malaysia akan meningkat pada pertengahan April sebanyak kira-kira 6,300 kes dengan sekatan baru-baru ini kepada pergerakan membantu memperlahankan penularan dan dengan kawalan sempadan akan dapat menangani penularan sekunder wabak tersebut.

Usaha kukuh lain termasuklah sekatan kemasukan terhadap warga asing/sekatan ke atas rakyat Malaysia untuk melancong ke luar negara, sekolah-sekolah dan kolej ditutup, larangan ke atas perhimpunan sosial dan menutup kedai-kedai kecuali berkaitan dengan keperluan harian.

Setakat ini, Malaysia mencatatkan sebanyak 1,624 kes, dan 183 telah pulih, manakala 15 orang telah meninggal dunia akibat virus dari Wuhan, China itu.

Menyatakan kebimbangan mengenai wabak itu yang memasuki peringkat peningkatan di Malaysia berdasarkan jumlah jangkitan yang meningkat baru-baru ini, JP Morgan yakin fasa itu akan merosot dalam tempoh 1.5-dua minggu sebelum peringkat akumulasi, apabila kadar pertumbuhan jangkitan secara keseluruhan mempunyai potensi untuk perlahan kepada 100-250 hari demi hari.

Mengenai keupayaan pengujian Malaysia, katanya ‘ujian setiap juta kapita’ negara ialah 482, 4x-81x lebih tinggi berbanding negara-negara ASEAN lain sebanyak enam kepada 109 ujian setiap juta penduduk dan malah lebih tinggi berbanding beberapa negara Eropah lain.

Nisbah kadar kematian di Malaysia juga rendah pada 0.77 berbanding purata di peringkat global sebanyak 4.4 peratus, katanya, sambil menambah di peringkat ini, dilihat risiko kematian di negara ini dapat diuruskan dengan perkembangan kes yang sederhana.

“Katil penjagaan kritikal semasa di Malaysia dianggarkan sebanyak 1,060 (data 2017, setiap Pendaftaran Penjagaan Intensif). Mengandaikan sebanyak 10 peratus daripada mereka yang dijangkiti memerlukan penjagaan intensif, kapasiti hospital di Malaysia mencukupi untuk menguruskan risiko kematian,” katanya dalam laporan bertajuk “Add Malaysia to Asia Infection Curve’.

JP Morgan berkata negara mempunyai kapasiti untuk menyerap permintaan kepada hospital pada masa akan datang kepada tahap yang besar.

Sumber: BERNAMA

Aqmal Ezany

I write what is right