Siakap Keli
Kredit: Google/Bangkok Post

COVID-19: Thailand Bakal Isytihar Darurat Sebulan, Perintah Berkurung Selepas 4 Kematian

Bangkok, 24 Mac- Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-o-cha mengumumkan kerajaan bakal mengenakan perintah darurat berikutan penularan COVID-19 yang semakin teruk.

Lapor ABC News, beliau berkata perintah darurat itu akan berkuatkuasa selama satu bulan bermula Khamis ini.

Perintah itu akan memberi kuasa kepada kerajaan untuk menjalankan perintah berkurung, mengawal media, menyuraikan himpunan serta menggunakan angkatan tentera untuk penguatkuasaan.

Walaubagaimanapun Prayuth menasihatkan orang awam agar terus bertenang dan memberi amaran akan mengenakan tindakan tegas ke atas penyalahgunaan media sosial serta penyembunyian barangan jualan.

Thailand melaporkan tambahan 106 kes hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 827 kes dengan empat kematian. Tiga dari kematian tersebut dilaporkan berlaku pada hari ini.

Menurut jurucakap Kementerian Kesihatan Thailand, Dr Taweesin Wisanuyothin, ketiga-tiga pesakit mempunyai sejarah penyakit.

Salah seorang mangsa berusia 70 tahun dilaporkan mempunyai batuk kering manakala seorang mangsa 79 tahun yang merupakan guru Muay Thai dikatakan mempunyai beberapa penyakit kronik dan dirawat pada 16 Mac.

Kematian ketiga hari ini di sana melibatkan seorang lelaki berusia 45 tahun yang mengalami obesiti dan diabetes. Mangsa dirawat di sebuah hospital swasta di Bangkok, katanya.

Semalam, peningkatan sebanyak 122 kes dilaporkan di negara tersebut.

Sumber: ABC News, Bangkok Post, SCMP

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.