Siakap Keli

Gagal Patuh Arahan Polis, 28 Orang Sudah Ditangkap Setakat Ini- Menteri Pertahanan

MENTERI Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan bahawa pihak polis akan mengubah cara kawalan.

Jelasnya, pihak polis mungkin mengubah cara, bukan sahaja setakat menasihati, malah akan mengambil tindakan undang-undang kepada mereka yang menghalang tugas penjawat awam serta yang masih berdegil dan gagal mematuhi arahan atau nasihat yang dikeluarkan polis.

“Sebanyak 695 laporan polis telah dibuat, 46 kes sedang disiasat dan kertas siasatannya telah dibuka, serta 28 orang telah ditangkap setakat ini.

“Apa yang kerajaan buat adalah untuk menjaga keselamatan diri dan keluarga kita, jadi tidak perlulah sehingga sampai berlaku tangkapan dan sebagainya,” jelasnya dalam sidang media, di sini hari ini.

Dalam pada itu, menurut Ismail lagi, trend pulang semula ke bandar setelah duduk lama di kampung tidak perlu dilakukan buat masa ini.

“Saya harap perkara ini tidak dilakukan. Seperti kita telah nasihatkan bahawa, terus tinggal di kampung halaman masing-masing.

“Pihak polis telah mengadakan sekatan di 23 tol untuk menyekat rakyat kita yang pulang ke kampung untuk kembali ke tempat kerja,” tambahnya lagi.

Sumber: RTM

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.