Siakap Keli
Kredit: RTM

Jangan Berpusu-Pusu Ke Bank Atau ATM Pada Hari Gaji- Menteri Pertahanan

Putrajaya, 24 Mac – Menteri Pertahanan, Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob mengingatkan orang ramai agar tidak berpusu-pusu ke bank ketika hari gaji.

“Kita semua menyeru supaya jangan berpusu-pusu di bank atau pun di ATM.

“Kita juga meminta pihak polis dan tentera jika perlu mengawal di kawasan bank dan sebagainya dan juga ATM supaya pematuhan penjarakan sosial turut dilakukan apabila berlaku proses pengeluaran wang di bank atau ATM,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

”Kementerian akan meminta polis bantuan atau sekuriti untuk kawal jumlah kemasukan pada satu-satu masa,” katanya.

Berliau berkata demikian dalam satu sidang media harian sebentar tadi.

Ucapan bermula pada minit 6:08.

Sumber: RTM, Bernama

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.