Siakap Keli

Mereka Yang Pulang Ke Kampung Tak Dibenarkan Pulang Ke Bandar Ketika Ini- Menteri Pertahanan

Menteri Pertahanan, Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob dalam sidang media sebentar tadi meminta orang ramai yang pulang ke kampung ketika Perintah Kawalan Pergerakan bermula untuk kekal di kampun dan tidak pulang ke bandar buat sementara waktu.

”Trend yang kita lihat hari ini, rakyat kita yang pulang ke kampung, telah mula menunjukkan mereka ingin pulang ke tempat kerja atau pun kediaman mereka di Kuala Lumpur atau di bandar-bandar besar.

”Saya harap perkara ini tidak dilakukan. Kita nasihatkan terus tinggal di kampung halaman masing-masing,” katanya.

Beliau turut memaklumkan bahawa pihak polis akan melakukan sekatan jalan raya dan akan mengarahkan mana-mana individu yang mahu pulang ke bandar supaya berpatah balik.

Tambahnya, setakat semalam polis sudahpun melakukan sebanyak 1,029 sekatan jalan raya, 163,687 pemeriksaan kenderaan, 2,481 pemeriksaan secara mengejut serta 1,719 hebahan berterusan dilakukan.

Sumber: Live RTM

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.