Siakap Keli

“Untuk Yang Memerlukan”, Wanita Dermawan Agih Barang Dapur, Bantuan Dari Rumah Ke Rumah

SYUKUR, di tengah-tengah ‘ketandusan’ pergerakan sepanjang penularan COVID-19, masih ada lagi manusia yang berhati mulia mahu membantu insan-insan yang memerlukan.

Kita faham, dengan punca pendapatan terhenti seketika, pergerakan terhad, agak sukar bagi sesetengah orang yang mungkin kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Di sebalik kebuntuan dek wabak ini, seorang dermawan tekad menyalurkan bantuan berupa barangan asas kepada rakyat di sekitarnya.

Lebih menyentuh hati lagi, bantuan tersebut akan dihantar terus ke rumah mereka dan tidak perlu bersusah-payah untuk keluar rumah mengambil barangan tersebut.

Zulaikha Mahar berkongsi di Facebooknya hari ini mengenai aktiviti pembahagian barangan asas ke rumah-rumah yang memerlukan.

Antara barangan asas yang akan dihantar. Gambar: Facebook

Antara barangan asas tersebut ialah beras, gula, biskut, mi segera dan lain-lain.

Difahamkan, gerak kerja bantuan tersebut hanya melibatkan tenaga anak-anaknya sahaja.

Alhamdulillah
Untuk hari ke 2…
Bantuan untuk rumah ke rumah sahaja..
Keadaan yg sangat-sangat berbahaya,
Virus COVID ..
Siapa yang pm, saya akan reply..
Anak-anak saya sahaja yang pack barang tanpa orang luar.. jadi ambik masa,,
Insya Allah saya akan update seterusnya ..

Menurut Puan Zulaikha, mereka yang memerlukan tidak perlu hadir ke rumahnya. Cukup sekadar menghubungi dan In sha Allah barang keperluan akan diagihkan dari rumah ke rumah.

Terima kasih Puan Zulaikha. Semoga Allah membalas jasa baik anda.

Sumber: Facebook

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.