Siakap Keli

(Video) Kenapa ”Social Distance” Mesti Satu Meter? Baca Penjelasan Doktor Ini

ADAKAH COVID-19 boleh berjangkit melalui udara dan apa kaitannya dengan penjarakan sosial 1 meter?

Kekeliruan ini telah dibahaskan oleh dua petugas perubatan, Dr. Siti Khamsiah dan Dr. Khoo semasa siarang langsung di Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pagi tadi.

Kedua-dua mereka adalah Pakar Perubatan Keluarga di bawah KKM.

Mengenai persoalan itu tadi, jelas mereka, virus tersebut tidak merebak melalui udara, sebaliknya akan merebak melalu titisan air.

“COVID-19 merebak melalui water droplet (titisan air) yang terbang dari hidung atau mulut. Ia berat, tidak akan mampu terbang jauh melebihi jarak satu meter.

“Sebab itu kena jarak satu meter. Bila seseorang bercakap, air liur itu terbang. Ia tidak jauh, mungkin akan jatuh ke tanah atau cuma terkena pada orang berdekatan.

“Kalau terlalu dekat dengan pesakit positif COVID-19, atau dia terbatuk ketika bercakap dan air liur itu terkena mata atau kulit, ia risiko untuk terkena jangkitan,” katanya.

Selain itu, doktor tersebut menjelaskan mengenai perebakan COVID-19 melalui airborne (udara).

“Untuk petugas kesihatan. Itu disebabkan prosedur (rawatan) nak selamatkan pernafasan seseorang.

“Prosedur tersebut mungkin boleh menyebabkan waktu itu tersebarnya virus melalui udara. Sebab itulah mereka disuruh memakai mask yang jenis tertentu,” jelas doktor itu lagi.

Sumber: KKM

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.