Siakap Keli
Kredit: Ahmad Fathil Zakaria

(Video) Macam Set Filem Hollywood, Lelaki Ubah Suai Bilik Jadi ‘Kapal Angkasa 3D’

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Miliki kemahiran melukis bertaraf antarabangsa, seorang lelaki memukau lebih 51 ribu orang pengguna Facebook dengan hasil ubah suai bilik di rumahnya. Ahmad Fathil Zakaria menggunakan masa ketika Perintah Kawalan Pergerakan untuk mengubahsuai sebuah bilik di rumahnya menjadi seakan-akan kapal angkasa.

Dengan lukisan realistik, ramai yang terpesona dengan hasil renovasi ke atas bilik sekecil 68 kaki persegi itu. Macam kapal angkasa dalam filem holllywood!

Mulakan dengan lakaran

Fathil memulakan dengan pelan lakaran ubah suai bilik terlebih dahulu.

Cat siling bertema galaksi

Lukis pintu

Gambaran siling dan pintu

Lukis perspektif

Selesai melukis pintu dan siling, Ahmad Fathil mula melukis dinding ‘kapal’.

Hasil dinding 3D

Bilik mula kelihatan seperti kapal angkasa dengan lakaran 3D pada dinding.

Lukis planet pula

Sudah biasa melukis mural, aktiviti mengecat dinding menggunakan semburan cat bukan lagi perkara asing buat beliau.

Lukis corak pada dinding

Pasang LED strip

Tambahan LED strip menambahkan lagi mood bagaikan di angkasa.

Boleh tukar warna!

Dah boleh berlepas..

Sebenarnya ada juga rakyat Malaysia yang memiliki kemahiran mengubahsuai rumah ataupun menghasilkan karya yang luarbiasa seperti ini. Mereka jarang ditemui melainkan dari komuniti sama yang telah lama menceburi bidang tersebut.

Hasil belajar sendiri, Ahmad Fathil juga mampu menghasilkan lukisan mural dan lakaran 3D. Beliau juga mengambil upah menghasilkan mural di seluruh negara.

Hasil lakarannya memang menakjubkan.

Sumber: Ahmad Fathil Zakaria

Amira

Love yourself.