Siakap Keli

(Video) Warga Turki Tinggalkan ‘Barang Dapur’ Tepi Jalan, Disedekah Untuk Mereka Yang ‘Tersepit’ Kerana COVID-19

KETIKA musim penularan COVID-19 ini, berbagai-bagai ragam masyarakat kita dapat lihat di seluruh dunia.

Ada yang berbuat kebaikan seperti saling memberi bantuan kepada petugas-petugas perubatan, ataupun perkara yang sepatutnya tidak perlu jadi seperti pembelian panik sehingga mengambil hak orang lain tanpa sengaja.

Namun, berbeza pula yang berlaku di Turki.

Ketika rakyat negara lain berpusu-pusu membeli pelbagai barangan keperluan atas dasar panik dan risau sehingga tidak memikirkan orang lain, rakyat di negara itu pula memberi pek makanan kepada saudara-saudara mereka yang kurang bernasib baik secara terbuka di jalanan.

Situasi ini dirakam oleh seorang orang awam dan dikongsi serta tular di Twitter.

Situasi itu mendapat pujian ramai warganet.

Mereka berbangga dengan sikap prihatin rakyat Turki yang begitu baik memberi bantuan makanan kepada insan-insan yang memerlukan, lebih-lebih lagi di waktu penularan wabak ini berlaku.

Tangkap layar: Twitter
Tangkap layar: Twitter

Bagaimanapun, ada sebilangan warganet yang memberi komen bahawa situasi itu bukan di Turki, sebaliknya di Iraq kerana terdapat akaun Twitter yang lain mengatakan video itu dirakam di Iraq.

Namun seorang warganet dipercayai warganegara Turki mengesahkan bahawa kejadian itu memang berlaku di negaranya.

Tangkap layar: Twitter

Semoga kita yang duduk di Malaysia ini berpeluang untuk mengikuti sikap perihatin rakyat Turki.

Kemanusiaan tidak mengenal erti bangsa dan agama.

Sumber: Twitter

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.