Siakap Keli

Anggota Sambut Hari Polis Tahun Ini Di Medan Bakti, Jadi Barisan Hadapan Lawan Covid-19

Setiap 25 Mac setiap tahun, negara akan menyambut Hari Polis bagi menghargai semua anggota polis yang masih berkhidmat atau sudah bersara mahupun yang sudah terkorban.

Namun, lain pula ceritanya tahun ini apabila sambutan Hari Polis ke-213 nampaknya tidak akan disambut seperti tahun-tahun sebelum ini kerana penularan wabak Covid-19 dan ketika ini sebahagian besar anggota polis sedang giat mengawal rakyat untuk mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan  (PKP) yang diisytihar oleh kerajaan.

Berikut adalah ucapan khas dari Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin sempena Hari Polis yang ke-213. Muhyiddin mengucapkan terima kasih kepada semua anggota polis yang sanggup berkorban dan berkhidmat tambahan lagi ketika negara berada dalam keadaan genting ketika ini.

Sumber: Bernama

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)