Siakap Keli

59 Maut Di Afrika Selatan, Dipercayai Diberi Minum Dettol Didakwa Boleh Cegah COVID-19

MALANG. Seorang paderi di Afrika Selatan, didakwa memberi jemaah gerejanya meminum cecair Dettol, dipercayai untuk mencegah jangkitan COVID-19.

Kira-kira 59 orang disahkan meninggal dunia manakala empat lagi dilaporkan kritikal dan kejadian tersebut masih dalam siasatan pihak polis.

Menurut polis, pengikut yang mudah terpedaya itu telah percaya bahawa dengan meminum cecair Dettol tersebut akan mengelakkan mereka mati akibat jangkitan virus itu serta sebarang penyakit lain.

Mereka yang sebenarnya sudah lama sakit dengan penyakit lain telah dijanjikan akan sembuh dengan cecair pembasmi kuman itu.

Baru-baru ini, paderi yang sama juga turut menyuruh ahli gerejanya meminum Dettol dan dia mengatakan bahawa antiseptik itu akan menyembuhkan penyakit.

Merujuk kepada laporan Daily Sun SA, Paderi berkenaan telah memberitahu para jemaah (gereja) untuk minum cecair itu dan berjanji bahawa penyakit mereka akan sembuh.

“Saya tahu Dettol ini berbahaya, tapi Tuhan mengarahkan saya untuk menggunakannya.

“Saya orang pertama yang meminumnya,” dakwanya.

Sumber: Kenya Today

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'